Semua sudah mengenali dan sedia maklum tentang penghijrahan seorang selebriti tanah air, Mizz Nina. Penghijrahannya bukan atas dasar peredaran masa namun, sebagai suatu tuntutan dalam Islam. Sejuknya hati suami tengok perubahan seorang isteri yang merupakan saham akhirat Noh Hujan. Tahniah untuk mereka.
Kalau korang nak tahu, Mizz Nina sekarang memang giat dengan perniagaan butik Madeenanya. Sesiapa yang gemarkan fesyen-fesyen busana muslimahnya boleh lah singgah-singgah ye. Hikhikhik.
Sejak berumah tangga dengan Noh sejak 2011 lalu, memang Mizz Nina akui sering ditanya mengenai isu cahaya mata. Memang laa dah kahwin itu pula soalan yang menjadi kegemaran ramai. :P Kalau tak silap , ada sumber terdekat telah secara tidak sengaja mendedahkan bahawa Mizz Nina sudah berbadan dua.
mizz nina
Biar betul? Kami tumpang gembira laa kalau berita ini sahih. Pasangan berkahwin yang mana tak nak anak kan. Yang dah ada anak pun nak tambah lagi, ni kan yang masih belum ada. Namun semua itu rezeki dari Allah. Diharapkan berita gembira ini benar-benar dan bukan sekadar gosip sahaja. Tak zzaabbaaarr saranya nak dengar pengumuman dan pengakuan dari pasangan ini ataupun Mizz Nina sendiri. Semoga rezeki mereka semakin bertambah dan perniagaan semakin maju. Maklumlah kata orang rezeki anak. Ke cane? Hehehe :) Sebelum ini Noh Hujan dan Mizz Nina ada jugalah melancong, berhoneymoon gitu. Ahakz. Boleh tengok “Gambar Mizz Nina Dan Noh Hujan Bercuti“.
Rahsia memikat hati orang lelaki atau boy friend atau pakwe
Tips memikat hati orang lelaki atau boy friend atau pakwe
Apa macam kome nak
tips untuk tackle pakwe aka boyfriend kome tu. Teman tau, ramai juga
kawan-kawan teman masih single mingle lagi. Tak tau la teman apa yang
deme dok tunggu lagi tu. Mungkin masih tidak ketemu Mr. Right kot.... :d
Ok, entry hari nie
teman saja nak share tips untuk memenangi hati lelaki idaman kome tu.
Tips nie mungkin tidak tepat. Tips nie hanya berdasar pandangan teman
saja. Kalau ianya boleh digunakan, apa salahnyakan. Kalau ada yang tak
betul, mungkin kome tinggalkan pandangan kome tu kat ruangan comment.
Ok nie tipsnya...
- Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
- Pandai memasak adalah ciri-ciri utama lelaki mudah terpikat dengan anda. Kalau tak pandai masak tu, tapi ada kecenderungan untuk belajar memasak juga adalah satu kelebihan. Apa yang penting mesti rajin.
- Berperwatakan menarik mampu menarik minat orang lelaki. Kalau tidak, mungkin tiada pepatah "dari mata, turun ke hati".
- Jujur dan sentiasa merendah diri.
- Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
- Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu). Di mata lelaki, takrifan seksi ini berbeza mengikut individu.
- Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
- Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
- Jangan terlalu mengongkong.
- Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
- Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
- Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang anda minati untuk 'plan' pertama memikat dirinya.
- Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu. Lelaki ada makhluk yang straight fowards. Thats why lelaki nie agak sukar memahami perempuan. Depend pada individu itu juga la...
- Apabila berhadapan dengan lelaki yang anda minati, renungi matanya kemudian kenyit mata... dan tunjukkan sifat humor anda. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa anda boleh di dekati tetapi bukan bererti kome nie perempuan murahan dan mudah didekati.
- Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka. Nanti melepas :)
- Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)